KERAJAAN digesa supaya menghapuskan dua plaza tol iaitu di Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering kali berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Cadangan itu disuarakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang menyifatkan kesesakan di lebuh raya semakin melampau dan berlaku di seluruh negara terutama ketika melalui plaza tol.
Menurut Tuan Ibrahim, pengguna lebuh raya sepatutnya melalui dua plaza tol sahaja sewaktu melalui lebuh raya iaitu ketika masuk dan keluar kawasan berkenaan.
“Sebagai contoh di LPT, ada empat (plaza) tol terpaksa pengguna berhenti (iaitu) Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan (plaza tol) keluar.
“Sedangkan untuk ringankan beban pengguna, sepatutnya kerajaan guna dua kaedah, waktu masuk dan keluar sahaja.
“Dua tol perlu dihapuskan (iaitu) tol Gombak dan tol Karak, tidak perlu diadakan sebab ia melambatkan dan menyesakkan lebuh raya tersebut,” katanya ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: Projek plaza tol Genting Highlands atas jalan persendirian
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyifatkan isu kesesakan di LPT itu sebagai kegagalan kementerian berkaitan dan agensi di samping operator pengendali lebuh raya itu.
Pada masa sama, beliau turut menegur pihak bertanggungjawab supaya tidak melakukan kerja-kerja pembaikan jalan raya semasa waktu puncak.
“Semalam saya balik dari Kota Bharu (Kelantan), pekerja konsesi membaiki lebuh raya atas jambatan di kawasan Kemaman (Terengganu) ketika waktu puncak, kereta banyak, dia boleh baiki tampalan di atas jambatan.
“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku,kita minta kerajaan kena pastikan tidak ada kerja tampalan jalan ketika waktu puncak hingga menyebabkan kesesakan melampau,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Pas bersetuju dengan cadangan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) supaya menghapuskan semua tol kerana ia merupakan cadangan pihak yang menjadi kerajaan ketika ini.
“Saya nak cakap tadi tapi tak sampai hati, tetapi kalau Hulu Terengganu (Rosol) cadang, saya sangat menyokong.
“Terutama Tol Gombak antara tol yang paling awal di Malaysia dan sepatutnya (ia) dihapus dulu sebelum tol-tol lain di Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

