Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser

Dari Penulis

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pemergian Allahyarham Hazri, 59, pada pukul 2 petang tadi disifatkan satu kehilangan besar buat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini.

Beliau berkata Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM merupakan pegawai yang berpengalaman yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam tugasannya dan seorang yang berpendirian tegas serta amanah.

“Allahyarham juga seorang pegawai disegani dan mesra dengan semua pegawai serta anggota. Banyak jasa dan pengorbanannya dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Saya berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi situasi sedih dan pilu ini, saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jelatang, Alor Gajah, Melaka. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This