Dewan kecoh selepas kampung baru Cina dikaitkan dengan komunis

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DEWAN Rakyat petang ini kecoh seketika selepas berlaku pertikaman lidah susulan kenyataan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang mengaitkan kampung baru Cina dengan perjuangan komunis.

Ismail pada mulanya mempersoalkan cadangan menjadikan kampung berkenaan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Satu lagi ialah cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjadikan kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO. Apa rasionalnya?

“Sejarah pembinaan kampung baru Cina adalah hasil daripada perjuangan atau pun langkah tindakan komunis mengganggu negara kita.

“Kalau kita jadikan kampung baru sebagai tapak warisan, bermakna kita bersetuju mengesahkan bahawa perjuangan komunis yang tidak baik itu juga sejarah hitam negara diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Ekoran daripada itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) tampil mencelah dan mendakwa Ismail mengeluarkan kenyataan sensitif dan menyinggung perasaan kaum Cina.

Baca artikel lain: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini

“Peraturan dewan 36 (9) C, Yang Berhormat Maran telah membangkitkan isu perkampungan Cina dan pada masa sama telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkenaan komunis.

“Apa kaitan perkampungan Cina dengan komunis. Ini adalah perkataan yang menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan di antara satu kaum dengan kaum lain.

“Saya minta Maran tarik balik dan minta maaf kerana ini adalah menghina orang Cina, perkampungan Cina,” katanya.

Pertikaman lidah berlanjutan sekitar 15 minit bahkan arahan Timbalan Speaker, Alice Lau yang meminta Ahli Parlimen lain duduk dan Ismail menarik balik kenyataannya tidak diendahkan.

Situasi bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen lain turut bangkit serentak.

Antaranya, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Bagaimanapun, keadaan reda selepas Lau sekali lagi menggesa Ismail menarik balik kenyataan terbabit dan beliau akur dengan permintaan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This