Kerajaan diminta nilai semua dasar percukaian negara – Ismail Sabri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk menilai atau melihat kembali dasar percukaian yang telah diambil pada ketika ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, pada tahun ini beberapa cukai baharu diperkenalkan dan cukai sedia ada dinaikkan sehingga menurunkan kuasa membeli rakyat.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, jika perkara ini tidak dibendung, dibimbangi ia akan memberi impak kepada kitaran penjanaan pengganda ekonomi dan pulangan pelaburan.

“Saya yakin dengan dasar percukaian hari ini ditambah dengan kelemahan ringgit akan terus meningkatkan kos sara hidup rakyat kerana kebergantungan tinggi negara kepada bahan mentah dan makanan yang diimport.

“Sesi persekolahan akan dibuka, begitu juga dengan sambutan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma pastinya memberi impak berganda kepada rakyat.

Baca artikel lain: Benar atau tak ada lampiran minta tukar lokasi tahanan Najib – Ismail Sabri

“Harga barang dijangka melambung tinggi,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri melihat isu mengangkat kampung baru Cina dan bak kut teh sebagai makanan warisan tidak akan mengukuh integrasi kaum malah boleh menimbulkan polemik yang berpanjangan.

“Sultan Ibrahim telah menyentuh mengenai integrasi antara kaum yang masih belum sempurna akibat kegagalan dalam menguasai bahasa kebangsaan dan pemahaman budaya hidup kaum lain.

“Justeru, sensitiviti kaum perlu dijaga. Maka tanggungjawab yang besar perlu digalas oleh pemimpin supaya lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This