SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai menghendap seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah teres dekat Kampung Jawa, Klang, pada malam Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Cha Hoong Fong berkata, pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun telah menerima panggilan telefon dari jiran pada pukul 9.30 malam.
Beliau berkata, jiran pengadu yang dalam perjalanan pulang ke rumah telah melihat seorang lelaki tidak dikenali sedang menghendap bilik tandas rumah pengadu.
Katanya, jiran pengadu bertindak menghampiri suspek untuk menegur namun suspek terus melarikan diri.
“Pengadu kemudian menghubungi isteri berusia 28 tahun dan telah diberitahu bahawa isterinya baru selesai mandi.
“Pengadu terus pulang ke rumah dan berjumpa dengan jirannya untuk mengesahkan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, jiran pengadu telah menceritakan kejadian dan menjelaskan ciri-ciri suspek yang merupakan penduduk di kawasan yang sama.
Katanya, pengadu telah berusaha mengesan suspek dan berjaya menahan suspek di belakang sebuah rumah restoran.
“Pengadu kemudian menghubungi pihak polis untuk bantuan dan kereta peronda yang tiba di lokasi kejadian telah menangkap suspek untuk membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 AKta Kesalahan Kecil 1955.
Hoong Fong berkata, suspek dibenarkan reman selama tiga hari sehingga Khamis dan pegawai penyiasat dalam usaha melengkapkan kertas siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

