KERTAS siasatan melibatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lepas telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, kertas siasatan melibatkan kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan di portal pas.org.my telah pun dilengkapkan.
Menurut Razarudin, pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya daripada AGC.
“Beliau (Abdul Hadi) telah diambil keterangan oleh pegawai USJT di ibu pejabat Pas pusat, Jalan Raja Laut pada Selasa.
“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan ia telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu,” katanya.
Siasatan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selasa lalu, media melaporkan Abdul Hadi dirakam keterangan pada 2.19 petang di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Baca artikel lain: Kerajaan diibarat burung tiung, turut saja apa kata ‘tuan’ – Abdul Hadi
Pada 29 Februari lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Februari lepas.
Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.
Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

