KERAJAAN Pulau Pinang tidak akan mengehadkan waktu operasi perniagaan bagi peniaga yang beragama Islam pada bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, orang Islam dibenarkan membeli makanan namun tidak dibenarkan makan di premis secara terbuka.
“Dari sudut ‘respek’ Ramadan ini, orang awam tidak dibenarkan makan di khalayak ramai walaupun tergolong dalam uzur syarie.
“Sebab itu kita lancarkan program ini kerana kita faham, akan ada uzur syarie. Maknanya dia beli, bawa balik dan makan di rumah.
“Walaupun seseorang itu tergolong dalam uzur syarie, dia tak boleh makan di khalayak ramai, itu pun boleh kena tangkap sebab tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Respek Ramadan dan Program Operasi Bersepadu Bulan Ramadan 2024 di Masjid Kampung Rawa, hari ini.
Baca artikel lain: Zakat fitrah di Selangor bermula RM7 hingga RM21
Mohamad berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung premis yang menjalankan perniagaan dalam keadaan mencurigakan.
“Jika JHEAIPP menerima aduan awam ada perniagaan yang membuka pintu belakang atau membuka pintu premis separuh sahaja, mereka akan bertindak atau serbu kerana tindakan pemilik premis itu mencurigakan.
“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis buka premis seperti biasa, berniaga seperti biasa tanpa ada pelanggan yang beragama Islam makan di dalam kedai secara terbuka, ia bukan menjadi satu kesalahan.
“Memang pelik jika buka kedai pada jam 9 pagi tetapi dari segi penguatkuasaan operasi jualan, ia bukan satu kesalahan. Masing-masing kena ‘respek’ Ramadan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

