447,982 murid tahun satu terima BAP bermula minggu ini

Dari Penulis

SEBANYAK 447,982 murid tahun satu akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula minggu ini membabitkan peruntukan lebih RM67 juta untuk diagihkan ke 8,903 sekolah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada RM788.13 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP, selain ibu bapa murid tahun satu tidak perlu membuat sebarang permohonan.

“Hal ini kerana data anak-anak mereka telah ada di sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, Jasin hari ini.

Baca artikel lain: Lebih RM2.3 juta diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan di Labuan

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

Dalam pada itu, Azman berkata kantin sekolah termasuk di sekolah menengah kebangsaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi menyantuni murid dan pelajar yang bukan beragama Islam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This