BAP cermin komitmen Kerajaan MADANI perkasa sistem pendidikan – Ramanan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

INISIATIF Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mencerminkan komitmen kukuh Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem pendidikan negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, inilah hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tiada anak Malaysia tercicir daripada meneruskan persekolahan hanya disebabkan kekangan kewangan.

“Hari ini saya amat berbesar hati dapat hadir ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari bagi bersama-sama murid sekolah serta ibu bapa yang hadir dalam majlis penyaluran BAP oleh Kerajaan MADANI.

“Saya berharap agar semua ibu bapa dan penjaga dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini dengan membuat perancangan yang sebaiknya demi memastikan keperluan persekolahan anak-anak dapat disediakan dengan sempurna.

“Ini mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan MADANI dalam memastikan akses pendidikan yang adil dan saksama kepada semua anak bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Tun M makin pulih, jalani fisioterapi di IJN

Katanya lagi, bagi Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, seramai 2,363 orang murid akan menerima BAP bagi tahun 2026 dengan jumlah penyaluran awal hampir RM355,000.

BAP melalui Kementerian Pendidikan telah bermula sejak tahun 2023 dengan peruntukan berjumlah RM765 juta, yang memberi manfaat kepada 5.1 juta murid di seluruh negara.

Peruntukan ini terus diperkukuhkan apabila meningkat kepada RM788 juta pada tahun 2024 dan seterusnya RM791 juta pada tahun 2025.

Bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI sekali lagi memperluaskan inisiatif BAP dengan jangkaan lebih 5.2 juta penerima bakal mendapat manfaat, termasuk pelajar Tingkatan 6 tanpa mengira bangsa, agama, aliran sekolah mahupun latar belakang keluarga.

Bermula 11 Januari 2026, BAP berjumlah RM150 akan disalurkan secara berperingkat kepada setiap murid warganegara Malaysia.

Keseluruhan peruntukan bagi BAP 2026 mencecah RM800 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah pelaksanaannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This