INISIATIF Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 akan mula diagihkan mulai Isnin depan, 13 Januari 2025.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, agihan Bantuan Awal Persekolahan bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.
Pada masa sama, katanya, agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai depan.
“Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta khusus untuk bayaran sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.
“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif Bantuan Awal Persekolahan akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Mengulas lanjut, KPM memberitahu, agihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan dilakukan pihak sekolah menerusi serahan tunai kepada ibu bapa bagi murid sekolah rendah.
Bagi pelajar sekolah menengah, agihan akan dilaksanakan melalui serahan tunai kepada ibu bapa atau murid.
“Agihan juga boleh dilakukan menerusi pengkreditan ke akaun bank murid atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa yang akan mula dilaksanakan tahun ini,” katanya.
KPM menjelaskan, inisiatif Bantuan Awal Persekolahan menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

