DUA lelaki warga asing maut selepas terperosok di bawah lori tangki dalam kejadian kemalangan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.10 malam.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori tangki, sebuah kereta Hyundai Accent yang mengalami kerosakan di tepi jalan dan sebuah motosikal Demak EX90,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, dua lelaki warga asing berusia 40 tahun itu didapati berada di bawah lori tangki di bahagian tayar belakang.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Bandar Bukit Beruntung sebelum motosikal yang dinaiki gagal dikawal lalu terbabas.
“Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tindakan lanjut,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

