‘Kamu mabuk ke apa?’ kata Dr Akmal kepada Ramasamy isu sekolah vernakular

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas P Ramasamy susulan kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu bahawa sekolah vernakular bukan punca kepada perpecahan kaum, sebaliknya disebabkan belenggu politik kepartian berasaskan kaum.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal menegaskan, hal ehwal pendidikan tidak seharusnya diasingkan sekiranya mahu membentuk sebuah bangsa Malaysia.

Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menyindir ‘orang politik’ seperti Ramasamy yang menjadi punca perpaduan antara kaum tidak dapat disuburkan selama ini.

“Kata parti kamu berbilang kaum, mahu membentuk bangsa Malaysia tetapi bab pendidikan nak diasingkan?

“Orang politik seperti kamu inilah yang menjadi punca perpaduan antara kaum selama ini tak dapat disuburkan.

“Kamu mabuk ke apa?,” sindir Dr Muhamad Akmal dalam hantaran tersebut, hari ini.

Baca artikel lain: Hidupkan semula dialog nasional teroka wawasan baharu integrasi pendidikan – Pemuda UMNO

Ramasamy yang keluar DAP pada 10 Ogos tahun lalu, kini memimpin Parti Urimai, parti baharu yang terbuka kepada semua bangsa, namun fokus kepada kaum India.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal mencadangkan supaya satu ruang dialog nasional bagi Malaysia meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara dalam erti kata sebenar-benarnya perlu dihidupkan semula.

EXCO Kerajaan Negeri Melaka itu berkata, ketegangan yang kian melarat itu berakar daripada sistem pemisahan dan pengasingan yang dilaksanakan bermula di peringkat paling asas kehidupan rakyat iaitu sejak dari bangku sekolah.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Ramasamy yang mendakwa Dr Muhamad Akmal keliru berhubung isu polarisasi kaum apabila mendakwa sekolah vernakular sebagai punca masalah terbabit.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Dr Muhamad Akmal akan mencadangkan supaya sekolah vernakular dihapuskan.

Menurut Ramasamy, sekolah vernakular bukanlah punca perpecahan kaum kerana perkara itu disebabkan kaedah politik yang diorganisasikan dalam negara ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This