Ippo Hafiz fail nusyuz terhadap isteri, keluar rumah tanpa izin sejak November 2023

Dari Penulis

PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas tidak pulang ke rumah mereka sejak November tahun lalu.

Ippo yang hadir di mahkamah pukul jam 9.20 pagi bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, isterinya keluar tanpa keizinannya.

“Hari ini selesai sebutan pertama di mana saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri. Fara keluar rumah tanpa izin sejak November tahun lalu.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan, jadi ini (tuntutan nusyuz) salah satu langkah yang perlu saya lakukan sebagai suami,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Bagaimanapun, isterinya, Fara tidak hadir ke prosiding berkenaan.

Ippo enggan mengulas lanjut punca konflik rumah tangganya dan menyerahkan semua pada mahkamah untuk menyelesaikan.

“Saya serahkan kepada proses mahkamah untuk menyelesaikannya. Fara masih isteri dan saya mahu menjaga hati serta aib keluarga.

“Sebab bercakap soal ini, ia akan menyebarkan aib, jadi lebih baik serahkan pada mahkamah,” katanya.

Ippo berkata, anak bongsunya kini berada di bawah jagaannya, manakala yang anak pertama bersama Fara.

“Anak kedua, Ibrahim bersama dengan saya dan anak sulung dengan Fara. Jadi, Ramadan ini saya bersama Ibrahim sahaja.

“Tak boleh nak cakap perasaan ini macam mana, saya hanya boleh cakap, saya sayangkan keluarga saya,” katanya.

Ippo memohon orang ramai boleh mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga,” jelasnya.

Sementara itu, Fakhrul Azman berkata, prosiding seterusnya untuk permohonan tuntutan nusyuz itu ditetapkan mahkamah pada 23 April depan.

“Alasan pertama nusyuz difailkan adalah defendan (Fara) keluar dari rumah, manakala cerai difailkan oleh sebelah sana, tetapi masih belum terima saman berkenaan. Kami hanya dapat maklumat sahaja.

“Bila mahu failkan hak penjagaan anak-anak, kami dapat maklumat pihak sana memfailkan cerai dan hadanah.

“Hari ini sebutan kali pertama, kami sudah serahkan saman pada defendan dan peguamnya yang tidak hadir.

“Kami cuma terima surat daripada peguamnya memaklumkan mereka tidak dapat hadir sebab ada kes lain.

“Jadi, kami minta mahkamah bagi notis amaran dan mahkamah sudah bagi notis dan mengarahkan mereka hadir pada tarikh ditetapkan iaitu 23 April depan,” katanya

Sekadar info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

SUMBER: BERITA HARIAN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This