Kakak Bella dipercayai ditahan polis kerana dedah wajah saksi pendakwaan

Dari Penulis

SEORANG wanita ditahan selepas dipercayai mendedahkan gambar seorang kanak-kanak yang terlibat dalam satu perbicaraan kes pembunuhan di Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita pada pukul 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Beliau berkata, pengadu mendakwa gambar anaknya berusia empat tahun yang merupakan saksi pendakwaan telah disebarkan melalui siaran langsung di aplikasi TikTok.

“Susulan itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 36 tahun semasa tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat, pukul 2.10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan bagi membuat siaran langung itu bagi siasatan lanjut.

Katanya, wanita tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan reman dibenarkan selama satu hari sehingga Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi hadir rasmikan Konvensyen RESET esok

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan diadakan di Tanah...

More Articles Like This