MIFFest siri ke-7 angkat tema Uncaged, terima 400 penyertaan filem dari 50 negara

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FESTIVAL Filem Antarabangsa Malaysia ketujuh (MIFFest) kini kembali dengan tema ‘Uncaged’ bermula dari 21 hingga 28 Julai 2024 di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Selain mengekalkan aktor hebat Bront Palarae sebagai duta rasmi, pihak MIFFest turut berbesar hati memilih pelakon Zizan Razak sebagai melengkapkan barisan lembaga penasihat festival terbabit.

Presiden MIFFest, Joanne Goh, berkata, Miffest bukan sekadar festival tetapi sebagai komitmen bagi memupuk komuniti yang lebih baik.

Pengasas MIFFest, Joanne Goh

“Bront sekali lagi menyerikan MIFFest sebagai duta yang mewakili dan menjiwai semangat festival ‘Uncaged’ menerusi daya tarikannya yang tersendiri.

“Festival ini melambangkan perjumpaan semula tahunan, tradisi yang dihargai bagi meraikan hubungan yang telah kami bina.

“Pelantikan Zizan sebagai lembaga penasihat yang sebelum ini antara juri MIFFest tahun lalu. Penglibatannya dalam MIFFest menyumbang pendapat tak ternilai dan diharapkan dapat membentuk laluan lebih berwawasan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Miffest di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Malah, pembabitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada siri kali ini sebagai rakan strategik.

“Pembabitan Finas  menandakan satu lagi peristiwa penting yang meningkatkan pengaruh festival, sekali gus mempamerkan kepelbagaian industri perfileman Malaysia.

“Finas sebagai rakan strategik mampu menyumbang kepada landskap filem tempatan lebih dinamik, selain berpotensi menonjolkan kepentingan festival dalam mempromosikan filem di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Pengasas MIFFest, Joanne Goh bersama Pelakon terkenal, Bront Palaree dan Ketua Pegawai Ekesekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin ketika hadir pada sidang media Malaysia International Film Festival (MIFFest) ke-7 di Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

MIFFest menerima lebih 300 penyertaan dari 15 negara, kali ini festival filem yang mula dianjurkan sejak 2017 itu menyaksikan sebanyak 400 penyertaan diterima dari 50 negara.

“Untuk saringan pertama, kami akan menyenarai pendek 30 filem terbaik. Selepas itu, 10 akan dipilih lima juri dilantik untuk menjadi finalis. 

“Pengumuman filem yang tercalon di peringkat akhir akan dibuat pada Jun depan,” ulasnya.

Antara kategori dipertandingkan adalah Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

MIFFest Ke-7 bakal diisi dengan pelbagai program seperti Tayangan Perdana Antarabangsa termasuk pelbagai acara yang meriah, selain menjanjikan acara terpenting dalam kalendar kebudayaan 2024.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ernie Zakri, Zaki Yamani, Lan Solo antara artis bakal serikan pesta 20 tahun MBPJ

KEPADA semua warga Lembah Klang, bersedia untuk berkampung di Petaling Jaya pertengahan Jun ini! Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)...

More Articles Like This