RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang tak lama lagi

Dari Penulis

RANG Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen dijangka akan dibentangkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, kerajaan telah memohon agar pembentangan rang undang-undang itu diadakan serentak dengan pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia di luar negara, yang akan dibawa Kementerian Dalam Negeri kelak.

Katanya, ini kerana kedua-dua rang undang-undang itu memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat atau pun 148 undi kerana melibatkan pindan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Madani komited dan telah bersetuju secara prinsip untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu, antara lain bagi memberi kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen serta mewujudkan Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Baca artikel lain: Penggunaan teknologi AI, Payung Rahmah tumpuan Dewan Rakyat hari ini

“Reformasi ini selaras dengan matlamat kerajaan dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif dan terus memperkasakan semangat perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) mengenai garis masa kerajaan dalam mewujudkan Akta Perkhidmatan Parlimen.

Menurut Azalina Akta Perkhidmatan Parlimen pernah ada, namun ditarik balik pada 1993 kerana pada masa itu ada pihak beranggapan Parlimen tidak boleh terlalu bersuara.

“Jadi kita berharap kuasa ini diberi balik supaya Parlimen mempunyai kuasa yang lebih dan boleh bersuara. Sesiapa yang berada sebagai kerajaan mesti bertanggungjawab kepada rakyat melalui ahli Parlimen mereka,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This