Dr Dzulkefly dirujuk ke hospital, disyaki alami gejala renal colic

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital awal pagi ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dirujuk ke hospital kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Jelas kenyataan itu, Dzulkefly kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

“Menteri Kesihatan kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Baca artikel lain: Projek naik taraf Hospital Seberang Jaya siap hujung tahun ini – PM

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut hospital yang dirujuk Dzulkefly.

Naib Presiden Parti Amanah Negara itu kembali menerajui KKM susulan rombakan Kabinet, Disember lalu.

Beliau kali pertama berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan bawah kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Gejala renal colic merupakan kesakitan teruk di bahagian pinggang dengan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

Ia kemungkinan menjadi punca kepada penyakit batu karang.

Kesakitan ini boleh merebak ke kawasan pangkal paha atau bahagian kemaluan dan boleh berlaku secara sementara atau pun berterusan.

Gangguan ‘batu’ yang tersangkut di saluran air kencing menjadi punca kepada renal colic.

Batu boleh terbentuk dalam saluran kencing atas beberapa sebab termasuk dehidrasi; lebihan kalsium dalam air kencing dan lebihan protein dalam diet.

Selain itu, ia boleh terbentuk disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu; keadaan saluran gastrousus; hiperparatiroidisme.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This