MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli memperjelaskan salah tafsir yang berlaku berhubung usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, konsep ini mengambil pendekatan ekonomi yang mana angka rasmi kemiskinan tegar negara pada satu-satu tahun menjadi landasan kepada kerajaan untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Jelasnya, sifar miskin tegar atau pun menokhtahkan kemiskinan tegar tidak bermaksud tiada lagi golongan tersebut dalam sesebuah negara.
“Garis kemiskinan tegar ini berubah dari satu tahun ke satu tahun, jadi kita kena lihat kepada pelaporan rasmi berapa miskin tegar pada tahun itu.
“(Angka) itulah yang dijadikan sasaran oleh kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah itu setiap tahun, kalau ada 20,000 maka 20,000 kita keluarkan.
“Bukannya bermakna sifar miskin tegar ini maksudnya tiada ada miskin dalam sesebuah negara kerana kemiskinan itu adalah relatif, kalau macam itu tak payah ada kerajaan, zakat,” katanya.
Baca artikel lain: Tiada isu salah guna sistem, kecurian identiti di MyJPJ
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang bertanya berapakah jumlah golongan miskin tegar di negara ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan.
Beliau berkata, sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.
“Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

