[VIDEO] Baby Shima berang Aliff Syukri labelkan single Sahur sebagai ‘sampah’!

Dari Penulis

PENYANYI dangdut, Baby Shima, meluahkan rasa bengang selepas usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengkritik lagu barunya sebagai sampah.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ahima Ramli, 31, telah melancarkan sebuah lagu berjudul Sahur pada 10 Mac lalu bersama rakan duetnya Mimi Peri yang merupakan pempengaruh Indonesia.

Dalam video di Instagram miliknya, Baby Shima berada di lokasi perniagaan Aliff dan bertindak membuang satu bag sampah di hadapan premis berkenaan.

Ujarnya, menilai lagu hanya dari teaser klip video adalah tindakan yang tidak adil terhadapnya.

“Ambil kau Datuk. Dia ni baru dengar lagu teaser dah cakap lagu saya lagu sampah. Suka hati je Datuk.

“Kalau Datuk nak tahu lagu ni sampah ke tak Datuk kena tengok malam ni. Lagu Sahur 8 malam. Baru dengar teaser dah cakap lagu ni lagu sampah,” ujarnya.

Pada masa sama, Baby Shima sempat menyindir Aliff kerana hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya pada tahun ini tidak kesampaian.

“Datuk tu dah ada lagu ke? Dah ada komposer untuk lagu raya tahun ni ke? Tiada kan? Jadi diam.

“Saya ni siap duet dengan Mimi Peri lagi tau. Lagu Sahur,” ujarnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This