Shahrol Shiro lalui pengalaman melucukan, tersilap hantar anak ke sekolah lain! – “Apa salah saya cikgu?”

Dari Penulis

PELAWAK Shahrol Shiro berkongsi momen melucukan ketika menghantar anaknya ke salah sebuah sekolah di Johor Bahru menerusi entri video di TikTok.

Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi,39, menceritakan di dalam video tersebut bahawa dia telah dihubungi oleh pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu untuk mengambil anaknya di pejabat sekolah.

Pada mulanya, Shahrol menganggap anak lelakinya telah melakukan kesalahan di sekolah. Namun, seorang guru kemudian memberitahu anaknya tidak melakukan sebarang masalah.

“Anak awak tak salah apa-apa. Yang salah adalah awak.

“Apa salah saya pula cikgu?

“Awak salah hantar anak awak sekolah. Ini bukan sekolah anak awak,” kata guru terbabit.

Menurut kapsyen di platform Instagram miliknya, Shahrol menceritakan, anak lelakinya iaitu Iskandar Rizqi telah masuk ke dalam kelas untuk belajar, namun rasa pelik apabila melihat kawasan padang yang tidak sama dengan sekolah yang dia kunjungi sebelum bulan puasa. 

Rizqi kemudian berjumpa dengan seorang guru dan memberitahunya bahawa dia salah masuk sekolah. 

Guru tersebut kemudian menghantar Rizqi ke pejabat sekolah.

Shahrol kemudiannya menerangkan bahawa isterinya yang sebelum ini bertanggungjawab menguruskan anak-anak mereka.

Dalam fikirannya, dia menganggap anaknya bersekolah di Sekolah Kampong Melayu. 

Namun, setelah dijelaskan oleh isterinya, baru dia sedar bahawa sebenarnya anak mereka bersekolah di Sekolah Tunku Mahmood.

“Yang uruskan dua hari itu mak dia, ini hari kedua saya nak hantar dan dalam kepala saya, orang rumah (isteri) selalu cakap kita hantar dia (anak) sekolah Kampong Melayu.

“Dalam otak saya, dia (anaknya) sekolah Kampong Melayu. Isteri saya tanya hantar anak kat mana, saya cakap la sekolah Kampong Melayu, rupanya sekolah Tunku Mahmood,” jelasnya menerusi video tersebut.

Menerusi video tersebut, Shahrol memohon maaf kepada anaknya di atas kesilapan dirinya itu. 

Walau bagaimanapun, ada seorang guru yang turut  memuji Rizqi (anaknya) kerana pandai mengawal situasi tersebut. 

Pada masa sama, Shahrol turut memberi nasihat kepada golongan bapa di luar sana agar tidak melakukan kesilapan sama.

Shahrol juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu dalam situasi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir warganet turut berkongsi pernah mengalami nasib yang sama.

Malah, ada juga yang mengnaggap kejadian yang di alami oleh Shahrol itu sebagai kenangan lucu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This