Sekurang-kurang 80 terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza

Dari Penulis

SEKURANG-KURANGNYA 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Laporan media di Gaza menyatakan bahawa Israel terus menyerang pelbagai bahagian di wilayah terkepung itu, termasuk Kem Pelarian Nusairat dan Bandaraya Gaza.

Serangan itu mengakibatkan ramai penduduk cedera dalam serangan yang menyasarkan rumah dan bangunan awam.

Tentera Israel mengebom sebuah rumah di jalan al-Jala menyebabkan ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan.

Serangan itu juga memusnahkan sebuah bangunan tujuh tingkat berhampiran Hospital al-Shifa di Bandaraya Gaza, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh penduduk, dengan lebih ramai lagi terperangkap di bawah runtuhan.

Pasukan pertahanan awam Palestin mengeluarkan lima mayat penduduk daripada runtuhan bangunan itu manakala usaha menyelamat lain masih diteruskan.

Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di kawasan perumahan Tuffah di Bandaraya Gaza.

Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, ramai penduduk terbunuh apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah di kawasan perumahan Nasr.

Tentera rejim juga menyerang sebuah rumah di Kem Pelarian Nusairat, membunuh sekurang-kurangnya 36 rakyat Palestin.

Sejak 7 Okt lepas, sekurang-kurangnya 31,490 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza manakala 73,439 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel.

— BERNAMA-ANADOLU

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rosmah diperintah bayar RM67.5 juta kepada tukang emas mewah Lubnan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat tukang emas mewah...

More Articles Like This