POLIS membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sebanyak 42 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berkaitan isu terbabit.
“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan.
Orang ramai diminta prihati terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan negara melalui media sosial.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

