DUA individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan dengan menggunakan kerusi plastik di hadapan sebuah kedai dekat Jalan Pinang Laka, Sarikei di Sarawak.
Ketua Polis Daerah Sarikei, P/ Superintendan Aswandy Anis berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video tular berdurasi 49 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.
Jelasnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan dua individu ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar di tempat awam.
Aswandy berkata, pihaknya memandang serius terhadap kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

