Pesawah terjejas akibat cuaca panas akan diberikan bantuan wang ringgit – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meminta kerjasama jabatan pertanian dan persatuan peladang bagi membanci pesawah yang terkesan akibat situasi cuaca panas ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia bagi membolehkan kementerian menyalurkan bantuan diperlukan bagi memudahkan urusan pihak-pihak yang terjejas.

Katanya lagi, bantuan diberikan berbentuk wang ringgit iaitu RM876 bagi setiap satu hektar sawah padi yang diusahakan.

“Pemberian bantuan kewangan kepada pesawah yang terjejas adalah tertakhluk kepada penilaian jawatan kuasa penilaian, kadar bantuan diberikan kepada pesawah adalah RM876 perhektar.

“Jumlah maksimum bantuan kepada pesawah yang layak adalah terhad kepada kawasan musnah seluas tiga hektar.

“Pada 2023, KPKM telah menyalurkan bantuan sebanyak RM12 juta keseluruhan,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan

Berhubung masalah kekurangan beras putih tempatan, Mohamad menjelaskan, negara hanya mampu mengeluarkan barangan keperluan itu sebanyak 62 peratus sahaja untuk kegunaan rakyat.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut hanya 50 peratus diedar untuk jualan kepada umum di mana baki lain digunakan untuk kegunaan zakat, hospital dan sekolah.

“India pula kita tahu mengurangkan eksport beras mereka, jadi dia jadi sedikit masalah buat sementara kita kena susun semula.

“Tahun ini kita akan buat penyusunan baru, sekarang kita sedang membuat libat urus dengan semua pihak penanam padi, pengilang, pengedar, peruncit.

“Ini susunan jangka panjang, masalah beras putih ini akan tetap bermasalah selagi kita tidak cukupkan beras di Malaysia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN, PRU: Tak tercalon ‘duduk diam-diam’, rezeki itu rahsia Tuhan

DALAM mana-mana pilihan raya, baik Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) juga Pilihan Raya Kecil (PRK),...

More Articles Like This