Kami ibu bapa & tanggungjawab sehingga liang lahad – Ibu Aliff Aziz sedih ahli keluarga yang sudah meninggal dunia digelar munafik, kafir

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

IBU penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil mendedahkan banyakn menerima kata-kata cacian daripada netizen berhubung isu anak lelakinya yang ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

Jelas Siti Hafiza atau Fiza, lebih perit lagi apabila ada yang tergamak melemparkan kata-kata makian terhadap ibu bapa dan mentuanya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi entri di Instagram sebentar tadi, Fiza  memohon agar masyarakat berhenti menghina ahli keluarganya yang sudah tiada sebaliknya meletakkan semua kesilapan itu di bahunya dan suami.

“Alhamdulillah, atas semua nikmat Allah terutama di bulan mulia ini. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit pandangan ikhlas.

“Ramai yang mesej langsung (DM) saya dengan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya.

“Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada. Kami mohon kepada saudara seagama hentikanlah kata-kata kesat atas arwah ibu dan ayah saya, juga orang tua suami hingga ada yang mengkafirkan, memunafikan orang tua, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini.

“Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah,” tulisnya.

Pada masa sama, Fiza memohon maaf dan memaafkan kepada semua yang taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya 

“Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan kami memaafkan semua.

“Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban, pasti anda merasakan apa yang kami rasa.

Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah, pencipta kita,” katanya.

Terdahulu, Fiza berkongsi video di Instagram Story yang memperlihatkan Aliff baharu selesai menunaikan solat jemaah bersama keluarga di Singapura.

Malah, Aliff turut memimpin bacaan doa untuk ahli keluarganya.

Fiza juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah.

Bagaimanapun, Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya dalam media sosial.

Untuk info, industri hiburan tempatan dipanaskan  dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff, namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This