Kedatangan Ramadan kali ini Four Points by Sheraton Puchong, memperkenalkan Bufet Tradisi Warisan. Kepelbagaian cita rasa tradisional dan tempatan, yang di ilhamkan oleh Chef Aris dan team, mengembalikan nostalgia juadah berbuka di kampung halaman.
Nikmati lebih dari 50 hidangan tradisional dan tempatan yang disajikan bagaikan menggamit kenangan. Rasai keenakan autentik ekor asam pedas, ketam masak lemak belimbing buluh, kambing Malbari, siput sedut masak lemak cili padi, udang sambal petai dan banyak lagi. Tidak ketinggalan hidangan sup yang berkhasiat antaranya sup gear box, sup kambing merah dan sup tauhu Szechuan yang lazat.

Paling meriah, gerai masakan ‘On the spot’ yang dimasak secara terus seperti kambing panggang dengan Nasi Mandi, aneka sate termasuk sate kambing, nasi ayam, makanan laut, bubur lambuk, ayam shawarma, rojak, goreng-gorengan dan gerai buah-buahan segar.
Sambil menikmati hidangan, tetamu diiringi dengan alunan dan persembahan ghazal dari Luxamana Songkok. Four Points by Sheraton Puchong juga turut menyediakan kotak door gift Raya dengan pelbagai aneka biskut dijual pada harga RM118 sekotak, sesuai dihadiahkan buat yang teristimewa.
Bufet berbuka puasa Tradisi Warisan ini berlangsung dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Harga Dewasa RM168 bersih dan harga kanak-kanak RM138 bersih. Nikmati penjimatan dengan kad kredit bank terpilih atau kumpul mata dengan Marriott Bonvoy. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi 03-5891 8855 atau e-mel: [email protected]

