Ramadan kali ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, malah ia menjadi momen ideal menjelajahi aneka rasa hidangan yang pastinya memikat selera. Palm Garden Putrajaya kembali mengetengahkan hidangan selera kampung menerusi konsep Kampunglicious Returns, dengan suasana baru yang lebih memukau.
Bufet Kampunglicious menawarkan pengalaman berbuka puasa yang unik dengan menyajikan kelazatan masakan kampung dalam suasana yang elegan. Pengunjung disajikan dengan lebih dari 80 masakan tradisi serta dikelilingi dengan pelbagai gerai hidangan di sekitar Dewan Rafflesia dan Dewan Adenium/Begonia yang cukup selesa.

Sambil menjamu selera, tetamu akan turut dihiburkan dengan iringan muzik tradisonal dari kumpulan Mahligai Ghazal. Juadah yang menjadi pilihan pengunjung, sudah semestinya ikan bakar, menu goreng-gorengan yang aromatik seperti ayam pandan goreng, pedal ayam, telur ikan dan ketam. Di gerai Mamak pula, ada roti canai, boom, telur, murtabak mini dan Pasembor, semuanya sedap-sedap belaka!
Bagi mereka yang sukakan hidangan Timur Tengah, kambing panggang disaluti herba dan rempah ratus asli serta gabungan aneka jenis sos seperti baba ganoush, hummus, yogurt dan pudina pasti menjadi pilihan.
Tidak ketinggalan, kehebatan rasa ayam tikka di gerai Shawarma dan Roti John. Bagi penggemar sate, ianya dibakar secara live dan dihidangkan panas-panas. Menu Syawal pun ada, lemang, nasi impit, ketupat dan bubur lambuk antara menu wajib untuk berbuka.
Selain itu terdapat beraneka jenis sajian pencuci mulut seperti bubur, aiskrim potong dan ais kacang. Tak lupa juga, menu sampingan untuk kanak-kanak, gerai jus serta kurma.
Antara hidangan tradisi istimewa yang disajikan seperti asam pedas tenggiri, udang kam heong, lemak putih pucuk manis dengan labu, daging kandar, pepahat tumis bersama kacang soya hitam dengan cili padi, kambing varural, udang goreng pes tomyam dan daging dendeng
Pakej bufet ini bermula 12 Mac sehingga 9 April dengan harga RM178 bagi dewasa dan RM89 bagi kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-89422233 atau email [email protected].

