Kedudukan teratas beri tonik tambahan menentang Oman – Kim Pan Gon

Dari Penulis

PERTUKARAN jurulatih Oman baru-baru ini tidak mematahkan semangat skuad Harimau Malaya untuk membuktikan kekuatan mereka pada pusingan kedua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat esok (jam 2 pagi Jumaat waktu Malaysia) .

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata pasukannya telah mengkaji ciri-ciri setiap pemain Oman sebagai persediaan menghadapi perlawanan esok dalam usaha memberi tentangan sengit kepada pasukan ranking ke-80 dunia itu.

Beliau mengakui walaupun sukar meramalkan taktikal permainan pasukan Oman di bawah jurulatih baharu  Jaroslav Silhay namun ia bukan penghalang buat Harimau Malaya.

“Kami sebenarnya banyak mengkaji perlawanan sebelum ini sehingga Piala Asia, kami sangat yakin untuk mengetahui semua elemen pasukan Oman dengan kehadiran jurulatih baharu mereka.

“Kami tahu semua perwatakan pemain individu…saya fikir dalam masa 10 minit perlawanan, kita boleh mengetahui elemennya,”katanya dalam sidang media disiarkan secara langsung di Oman, malam ini.

Baca juga: Persiapan menentang Oman, Kim Pan Gon panggil 33 pemain sertai latihan awal

Pan Gon berkata kedudukan Malaysia di tangga teratas Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu turut memberi tonik tambahan kepada pasukan negara untuk bersaing menentang negara Timur Tengah itu esok.

Bagaimanapun katanya anak buahnya tidak harus mengambil mudah perlawanan esok kerana Oman memiliki barisan depan yang mantap.

“Kami mesti kekal di carta teratas dan sedar belum mengalahkan Oman,”katanya.

Selepas perlawanan esok, Malaysia di ranking ke-132 dunia akan menentang lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac ini.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum melengkapkan kempen Kumpulan D berdepan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan enam mata, diikuti Oman di tempat kedua, yang berkongsi tiga mata dengan Kyrgyzstan di tempat ketiga manakala Taiwan berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga dan mengesahkan tempat mereka ke Piala Asia 2027 manakala dua pasukan terbawah akan bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This