SEORANG wanita maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki merempuh sebuah treler yang berada di bahu jalan dekat Lebuhraya Merapoh, Gua Musang, pagi tadi.
Gambar penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/4667
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.47 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Muhammad Shaheer Safari Mohd Noor memaklumkan lokasi kejadian adalah sejauh 55 kilometer daripada balai bomba.
“Pemeriksaan mendapati terdapat empat individu di dalam kereta Perodua Myvi.
“Seorang wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.
Sementara, seorang wanita cedera parah serta dua lelaki cedera ringan dan telah diserahkan kepada petugas perubatan bagi rawatan lanjut.
Pemandu dan kelindan lori yang terlibat dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

