Jumpa beg berisi lebih RM500,000, pengawal keselamatan serah pada polis

Dari Penulis

PENGAWAL keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an semalam berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

“Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.

Sebuah bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui seorang pengawal keselamatan ditapak parkir sebuah pusat beli belah ketika Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media rampasan ops dadu calling centre dan tangkapan pengedaran dan penyeludupan arak lari cukai di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca juga: Aib anggota polis: Pengurusan kes status rayuan keputusan lepas, bebas Inspektor Sheila 27 Jun depan

Menurutnya, polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi tersebut ditemukan.

“Susulan itu, kita membuka siasatan di bawah kertas inkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan.

“Jika pemilik ingin menuntut wang berkenaan, kita minta turut membawa bukti-bukti berkaitan. Bagaimanapun sekiranya ia tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This