Pas, PN gesa Kerajaan Madani tegas atasi bibit konflik hina Allah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PAS dan Perikatan Nasional menggesa Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tegas dan bersungguh-sungguh mengatasi sebarang bibit-bibit konflik terutama yang menghina Allah SWT secara terang-terangan.

Ketua Portfolio Peraduan Negara PN, Dr Halimah Ali berkata, tindakan tegas dan pantas wajar diambil demi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara.

Tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, sebarang tindakan yang menyinggung atau menghina agama Islam mahupun agama-agama lain mesti dielakkan sama sekali.

“Islam dijamin dalam Perlembagaan sebagai Agama Persekutuan, lalu ia perlu dihormati semua sebagaimana agama-agama lain juga bebas diamalkan, maka mereka juga perlu dihormati.

“Pas dan PN menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar tindakan keras diambil dalam isu kontroversi melibatkan pembikinan sarung kaki yang menghina umat Islam baru-baru ini.

“Diharapkan dengan siasatan polis, mereka yang bertanggungjawab dapat didakwa di mahkamah dan dihukum dengan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran buat semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Stoking kalimah Allah: “Tak sepatutnya berlaku dalam perniagaan sebab keji sangat” – Sebagai umat Islam, Shuib tak sokong perkara yang langgar peraturan

Baru-baru ini, video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka di Petaling Jaya, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pihak terlibat telah membuat permohonan maaf dan setakat ini, 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Polis juga sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu itu.

Mengulas lanjut, Halimah berkata, negara Malaysia dibina atas kekuatan semangat hormat-menghormati dan toleransi sesama rakyat.

Katanya, perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama dalam Malaysia tercapai apabila semua pihak menghayati Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This