SEORANG lelaki warga India ditahan polis selepas kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar empat buah kenderaan di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian kemalangan itu pada Selasa.
Bertindak atas maklumat, polis telah mengesan dan menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
“Siasatan mendapati suspek berusia 26 tahun itu sedang memandu kereta Perodua Alza dari arah Jalan Taman Ibu Kota menghala ke Jalan Chong Hwa.
“Sampai dilokasi, suspek telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar empat buah kenderaan yang berada di kawasan tempat letak kenderaan perumahan Teratai Mewah Apartment,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kemalangan ini.
Katanya, suspek telah dituduh di bawah Seskyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suspek juga telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM6,000 dan akan dikenakan empat bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Trafik Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

