PADU: Kementerian Ekonomi jumpa Kerajaan Sarawak minggu depan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu hadapan bagi membincangkan mengenai pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).

Menterinya Rafizi Ramli berkata ia berikutan wujudnya arahan oleh kerajaan negeri agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan.

“Setakat ini, saya difahamkan arahan untuk pendaftaran ditangguhkan hanya tertakluk kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sahaja.

“Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan Kementerian Ekonomi akan duduk (berbincang) berkenaan hal ini dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog awam PADU hari ini.

Rafizi berkata arahan supaya ditangguhkan pendaftaran PADU itu adalah untuk membolehkan kerajaan Sarawak mendapatkan penjelasan Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan daripada mesyuarat Kabinet negeri.

Beliau berkata dari segi pendaftaran, penduduk Sarawak boleh terus mendaftar seperti biasa menerusi portal PADU, malah setakat minggu lepas, Sarawak antara negeri merekodkan pendaftaran tertinggi PADU.

Mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa pendaftaran PADU ibarat ‘membogelkan’ maklumat peribadi setiap orang, Rafizi berkata itu adalah sekadar pandangan peribadi.

Baca artikel lain: Sarawak arah tangguh pendaftaran PADU, Abdul Karim anggap seperti ‘bogelkan diri sendiri’

Rafizi juga memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemas kini PADU yang dijadual berakhir pada 31 Mac ini.

Sehingga 11.59 malam tadi (22 Mac), seramai 7.07 juta rakyat telah mendaftar dan mengemas kini sistem PADU.

Dalam perkembangan lain, Rafizi menafikan subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Aidilfitri.

“Tidak betul. Siapa yang buat khabar angin itu. Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel terlalu dekat dengan 31 Mac ini (tarikh akhir pendaftaran PADU).

“Ini kerana kita perlukan data itu dibersihkan terlebih dahulu…bila kita lihat pada garis masa, memang kita perlukan empat ke lima bulan pertama tahun ini untuk menyelesaikan soal sistem sokongan (PADU) terlebih dahulu,” katanya.

Semalam, satu portal berita dalam talian melaporkan sebuah firma penyelidikan memberi jangkaan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

Ia berikutan pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This