Stoking kalimah Allah: Tiada unsur sabotaj, MyKampung Fresh Mart henti operasi dua tahun lalu, kata Firdaus Wong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDAKWAH bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyangkal dakwaan kononnya isu kontroversi stoking tertera kalimah Allah yang dibangkitkan kononnya disebabkan motif persaingan perniagaan kedai serbaneka milik beliau iaitu MyKampung Freshmart.

Ia susulan gambar beliau di hadapan cawangan kedai serbaneka itu yang tersebar di media sosial.

Penularan gambar tersebut membuatkan ada segelintir netizen mendakwa Firdaus Wong cuba mensabotaj kedai serbaneka KK Mart kerana mempunyai perniagaan sendiri.

Dalam video TikTok yang dimuatnaik semalam, Firdaus Wong secara sinis turut ‘meminta maaf’ kerana tidak memaklumkan bahawa perniagaan MyKampung Freshmart itu telah pun berhenti beroperasi sejak kira-kira dua tahun lalu.

Beliau berkata, banyak pihak berkongsikan gambar tersebut dengan cubaan membina persepsi kononnya isu kalimah Allah di stoking yang dijumpai di KK Mart mempunyai unsur sabotaj atas dasar persaingan perniagaan.

“Sedangkan, jika mereka rajin membaca dan mengkaji serta mengenali saya, mereka akan tahu bahawa MyKampung Freshmart telah berhenti beroperasi lebih kurang dua tahun lepas.

“Jikalau mata mereka itu tidak ada masalah penglihatan, sudah tentu mereka akan dapat melihat di gegantung dalam gambar tersebut, pembukaan adalah pada April 2021, bukan 2024.

“Sudah tentu jika fikiran mereka itu adalah rasional, pastinya mereka akan berfikir banyak kali sebelum membuat hantaran sedemikian rupa kerana jika ada unsur sabotaj, kenapa pula pemilik KK Mart sendiri menelefon saya dan meminta maaf serta membuat sidang akhbar atas insiden tersebut dan disusuli pula dengan permohonan meminta maaf oleh pengilang dan pengedar stoking tersebut,” katanya dalam video berkenaan.

Baca artikel lain: UMNO dukung titah Agong tindakan keras pihak perlekeh kalimah Allah

Sementara itu, Firdaus Wong turut ‘meminta maaf’ kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak pernah menyebut dan menulis bahawa beliau merupakan orang pertama yang menjumpai stoking berkenaan.

“Malah dalam hantaran yang sama itu juga tak ada saya menulis agar kita memboikot KK Mart.

“Jadi memandangkan saya tidak pernah menulis bahawa saya adalah orang pertama menjumpai stoking tersebut dan meminta orang untuk memboikot, jadi saya meminta maaf kerana hantaran-hantaran anda telah menunjukkan kejahilan dan kebodohan anda sendiri,” katanya.

Semalam, polis memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata siasatan itu melibatkan pihak kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya iaitu sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading di Johor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This