Pendaftaran PADU meningkat kepada 7.7 juta – Rafizi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai dilihat menunggu sehingga ke tarikh akhir pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) hujung bulan ini apabila jumlah pendaftaran naik mendadak kepada 7.7 juta.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, jumlah pendaftaran melonjak kepada 7.7 juta itu setakat 11.59 malam tadi.

Jelasnya, kadar tersebut jauh meningkat berbanding 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya orang ramai tidak menunggu sehingga ke saat akhir bagi membuat pendaftaran PADU.

“PADU telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu.

“Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara.

“Daftar dan kemas kini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: PADU: Rafizi ‘Raja Formula’ yang gagal – Puad

Sementara itu, Rafizi memaklumkan kadar pendaftaran dalam kalangan individu berusia 18 tahun ke atas telah pun mencecah 35.1 peratus.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac ini,” katanya.

PADU adalah pangkalan data utama yang mana ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber.

Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan PADU, bagi membolehkan perkhidmatan lebih baik dan cekap disampaikan kepada rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This