Rosyam Nor sediakan ruang berniaga Celebrity Corner di cawangan ke-6 ST Rosyam Mart Semenyih, pesta pembukaan 6 hari 6 malam!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MEMASUKI tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor.

Sempena majlis perasmiannya baru-baru ini, telah menjadi simbolik untuk setiap kali pembukaan cawangan terbaharu, ST Rosyam Mart menawarkan diskaun hebat.

Bermula 26 Mac, jam 9.30 malam akan berlangsungnya pesta pembukaan selama enam hari dan enam malam sehingga 31 Mac depan.

Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada.

Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah RM0.08 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan.

Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan di kesemua enam cawangan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menyentuh tentang premis terkini ST Rosyam Mart Semenyih, ia meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.

Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing.

Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar dan pengarah Rashid Sibir.

Bertemakan slogan Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat, rangkaian pasar raya moden itu juga memperkenalkan konsep produk mudah cari merangkumi barangan basah dan kering di bawah satu bumbung.

Bahkan, berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This