Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand – Wisma Putra

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA orang pelajar warganegara Malaysia disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan yang melibatkan lima orang pelajar Malaysia itu berlaku pada pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu, tiga lagi yang terlibat dalam kejadian itu telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Island, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

Pada masa sama, Wisma Putra memberitahu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga.

“Ia bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Baca artikel lain: Pemandu maut selepas treler terjunam dalam gaung

Pemberitahuan penutupan jalan akibat kemalangan yang melibatkan pelajar Malaysia di New Zealand.

“Kementerian Luar juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan tiga individu disahkan maut dan lima lagi dimasukkan ke hospital selepas berlaku kemalangan antara dua kenderaan dan sebuah motosikal di State Highway 8 berdekatan Tasik Pukaki.

Laporan yang memetik pegawai polis tempatan, Craig McKay itu memberitahu, mangsa yang maut itu adalah seorang penunggang motosikal, sementara dua lagi bersama dalam sebuah kereta.

Nahas tersebut merupakan satu daripada dua di jalan sama dalam tempoh kurang daripada dua jam dengan lebih 20 individu terlibat dalam dua kejadian berasingan itu.

Kemalangan sebelum itu berlaku antara Jalan Hayman dan Jalan Terusan Tekapo kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This