SEORANG guru yang didakwa melakukan pedofilia terhadap murid di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, Kelantan telah pun digantung tugas.
Penggantungan tugas itu dilaksanakan sehingga siasatan membabitkan kes tersebut selesai.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di aplikasi X, malam tadi.
Pada masa sama, Asyraf Wajdi juga telah mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan itu supaya dijalankan dengan segera.
Beliau berkata, satu pasukan dari Ibu Pejabat Mara akan turun ke sekolah tersebut bagi menyiasat kesahihan dakwaan itu.
“Saya sudah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu, perlu dijalankan segera.
I have already instructed a thorough investigation into the matter to be conducted immediately. The team from Mara Hq has been set up and will be going down to MRSM Tumpat. In the meantime the teacher has been suspended until the investigation completed.
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) March 29, 2024
Baca artikel lain: Pedofilia makin mengganas, kanak-kanak jadi mangsa seksual
“Sementara itu, guru berkenaan sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai,” katanya dalam catatan di X malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan tular seorang pengguna aplikasi X yang mendakwa seorang guru berkenaan melakukan pedofilia terhadap murid di MRSM Tumpat.
Pengguna itu turut mendakwa menerima laporan daripada pelajar di MRSM berkenaan berhubung tingkah laku guru tersebut.
Pengguna itu juga berharap pelajar yang pernah menjadi mangsa guru terlibat tampil ke hadapan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

