Episod 17 (2024) – Sedapnya Air Janda Pulang Air Tangan, Chef Ismail. Begini Cara Buatnya

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Air Janda Pulang sangat popular di Negeri Sembilan dan merupakan air kegemaran Chef Ismail Ahmad. Di Kuala Pilah, Air Janda Pulang menjadi minuman kegemaran setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Terdapat 2 versi Air Janda Pulang. Versi pertama air kelapa dan sirap yang dimasak dengan rempah empat sekawan. Versi kedua air kelapa dan gula enau yang dicampurkan dengan buah kabung. Istimewa hari ini, Chef Ismail tunjukkan cara untuk membuat Air Janda Pulang versi sirap. Jom kita cuba!

AIR JANDA PULANG

BAHAN
I biji kelapa muda
Ketulan ais secukupnya

BAHAN SIRAP SARBAT
1 liter air
1 kg gula
5 sudu besar pewarna merah
10 kuntum bunga cengkih
8 kuntum bunga bunga lawang
2 cm kulit kayu manis – 3 batang
5 biji buah pelaga

CARA PENYEDIAAN

  1. SIRAP SARBAT : Satukan ke semua bahan sirap sarbat di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana sehingga menjadi air gula yang likat. Kacau rata. Tutup api dan sejukkan.
  2. Tuangkan air kelapa, ketulan ais dan sirap sarbat ke dalam gelas. Hidangkan mengikut kreativiti anda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This