Ruang by KLIA Ekspres, siri podcast terbaru dari ERL bertemakan Ramadan Raya

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

EXPRESS Rail Link Sdn Bhd (ERL) iaitu pengendali perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit menampilkan kelainan untuk kempen raya tahun ini dengan menerbitkan siri podcast Ruang by KLIA Ekspres.

ERL dalam kenyataan memberitahu, siri podcast empat episod berkenaan akan dihoskan oleh Haidar Hasanudin dan Adrea Abdullah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan dan penyiaran.

Jelasnya, walaupun pertama kali digandingkan, Haidar dan Adrea diberi kepercayaan sebagai hos rancangan podcast ini atas faktor keserasian mereka ketika membincangkan isu-isu semasa bertemakan Ramadan Raya.

Pelakon, model dan hos TV yang sedang meningkat naik, Haidar yang popular menerusi drama televisyen Layang-Layang Perkahwinan berkata, beliau berasa teruja kerana diberi peluang keemasan seperti ini.

“Saya sangat teruja apabila ditawarkan untuk menjadi salah satu hos bagi siri podcast Ruang by KLIA Ekspres. Ini merupakan peluang yang sangat dinantikan kerana saya sangat merindui untuk mengacara podcast.

Baca artikel lain: KK Mart Sungai Isap: Polis buru seorang individu

“Ini juga merupakan hadiah kepada peminat yang kerap kali bertanyakan bila saya akan kembali untuk berpodcast. Harapan saya podcast ini akan mendapat sambutan,” katanya.

Bagi Adrea pula, peluang menjadi hos podcast memberikan ruang untuknya meluahkan pendapat dan pengalaman dalam setiap topik yang dibincangkan.

“Saya memperolehi pengetahuan yang baharu dan tidak dinafikan, ia juga merupakan terapi minda untuk saya tanpa disedari,” kata Adrea yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang lakonan dan juga seorang pempengaruh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, untuk kempen raya tahun ini, ERL meneroka sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengendali perkhidmatan kereta api iaitu menerbitkan siri podcast sendiri.

“Podcast merupakan salah satu medium untuk kami berkomunikasi secara santai dengan pelanggan dan kami berharap podcast ini akan mendapat sambutan di kalangan pelanggan,” katanya.

Siaran podcast Ruang by KLIA Ekspres akan disiarkan di laman YouTube rasmi KLIA Ekspres setiap Sabtu bermula 23 Mac 2024 pada pukul 5.00 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This