SELEPAS membuat beberapa siri pendedahan mengenai kecurangan suaminya, ibu mentua Bella Astillah iaitu Fiza Aziz memuat naik entri terbaharu di Instagram Story yang dipercayai menyindir menantunya.
Fiza atau Siti Hafizah Basharahil memberi pandangan dengan hanya air mata, seseorang mampu menarik perhatian ramai untuk jatuh kasihan dengannya.
“Air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenarnya.
“Tetapi yakinlah kita akan takut dengan bayang-bayang diri sendiri,” ujarnya.
Menerusi sidang media petang tadi, Bella mendedahkan bahawa suaminya itu sudah curang sebanyak 11 kali sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.
Malah, apa yang lebih mengejutkan, Aliff juga dikatakan curang dengan adik Ipar sendiri iaitu Eriqa Astillah.

