PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada Sabtu, 11 Mei

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Mei depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas, hari ini.

Abdul Ghani memberitahu, tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu itu akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 27 April ini.

Beliau berkata, pengundian awal pula ditetapkan pada Selasa, 7 Mei.

Menurut Abdul Ghani, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 27 April sehingga pukul 11.59 malam, 10 Mei.

“Bagi menjalankan proses PRK DUN Kuala Kubu Baharu, SPR telah melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dengan dibantu tiga penolong pegawai pengurus.

“SPR juga akan menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

“Pasukan itu akan turut dianggotai wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya dalam sidang media itu.

Baca artikel lain: SPR sedang mesyuarat bincang PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Sementara itu, Abdul Ghani memaklumkan, Dewan Serbanguna dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor akan dijadikan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRK tersebut.

SPR turut menganggarkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi pelaksanaan PRK terbabit dengan 20 buah pusat mengundi di samping 77 saluran mengundi.

“PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan menggunakan daftar pemilih terkini sehingga 25 Mac 2024 mengandungi seramai 40,226 orang pemilih yang terdiri daripada 39,362 orang pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 polis serta seorang pengundi luar negara.

“Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7218 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semakan maklumat pengundian akan dibuka pada 22 April 2024 iaitu hari Isnin,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu terpaksa diadakan ekoran kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, yang menyandang kerusi itu sejak 2013, meninggal dunia setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Jasad mendiang telah selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Nirvana Crematorium Shah Alam, Seksyen 21.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This