SEORANG pemandu Toyota Hilux dikenakan lima saman trafik serta kenderaan disita selepas aksinya memandu kereta secara berbahaya tular di media sosial.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Pan Borneo Saratok – Betong pada 4 Mac lalu, pukul 3 petang.
Aduan mengenai video tular itu diterima polis pada pukul 11 pagi, Isnin.
“Pihak JSPT Kontinjen Sarawak telah mengarahkan Ibu Pejabat Daerah Kuching mengesan pemandu Toyota Hilux itu bagi tindakan lanjut.
“Polis berjaya mengesan pemandu tersebut dan mengarahkan pemandu untuk hadir ke balai.
“Pemandu Hilux telah hadir serah diri ke balai pada pukul 10.30 pagi semalam dan hasil siasatan mendapati pemandu mengakui melakukan perbuatan tidak mengikut peraturan trafik di jalan raya,” kata kenyataan itu.
Sebanyak lima saman Polis Diraja Malaysia (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.
Malah, Hilux milik suspek juga telah disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

