‘Mari kita titipkan doa buat rakyat Palestin’ – Ahmad Zahid

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia agar dalam keriangan menyambut Aidilfitri, tidak melupakan penderitaan penduduk Palestin dan terus mendoakan mereka.

“Dalam menyambut kemenangan kita dalam kegembiraan, mari kita titipkan doa buat saudara kita di Palestin.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri sekali gus meminta rakyat memanfaatkan Aidilfitri sebagai platform untuk mengukuhkan perpaduan serta membentuk kebersamaan tanpa mengira agama dan kaum.

“Sudah semestinya amalan kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan dan mendoakan antara satu sama lain serta merapatkan ukhuwah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Aidilfitri.

“Inilah juga masanya untuk kita mengekalkan semangat perpaduan sesama kita,” katanya.

Beliau turut menasihati mereka yang memandu kenderaan untuk pulang ke kampung atau memulakan perjalanan bagi menziarahi sanak saudara atau sahabat pada musim perayaan ini, supaya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan menjaga keselamatan diri.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This