Aidilfitri disambut meriah secara bersama penduduk Sabah

Dari Penulis

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri di Sabah tahun ini seperti sebelumnya, disambut bersama penduduk berbilang latar belakang dengan ramai pihak tidak kira individu, syarikat swasta atau kerajaan akan menganjurkan tradisi amalan rumah terbuka.

Pada hari pertama hari ini, kebanyakan umat Islam di Sabah memilih untuk menyambut Aidilfitri dengan meriah bersama keluarga dan sanak saudara, selain mengunjung keluarga mereka.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 5,000 umat Islam di Masjid Negeri.

Namun seperti tahun-tahun sebelumnya, antara rumah terbuka yang sering dinantikan masyarakat berbilang kaum di negeri itu ialah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Ahad ini, bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Seperti biasa pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada lebih 20,000 tetamu yang dijangka hadir dan mereka juga akan dihiburkan oleh persembahan artis jemputan.

Sabah juga bakal mengadakan Rumah Terbuka Kerajaan MADANI pada 20 April ini.

“Rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Sabah adalah rumah terbuka yang saya tunggu-tunggu. Setiap tahun saya bersama isteri dan tiga orang anak mesti datang ke rumah terbuka berkenaan.

“Saya tahu keadaan lalu lintas pada masa itu sibuk dan kami sekeluarga akan datang awal,” kata penjawat awam Raymond Gilab, 45.

Beliau berkata, kehadiran ribuan tetamu akan memeriahkan lagi majlis berkenaan.

“Apa yang seronoknya kita dapat makan sepuas hati dan dalam kalangan ribuan tetamu yang hadir, mesti ada kita kenal dan kita berkesempatan bertanya khabar,” katanya.

Kakitangan di Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Norbert Jadi, 55, berkata setiap tahun dia bersama rakan-rakannya akan ditugaskan untuk memastikan kelengkapan peralatan semasa majlis rumah terbuka berkenaan.

“Sambil bekerja, kita dapat sama-sama merasa kemeriahan sambutan berkenaan. Saya berharap orang ramai yang hadir dapat menjaga kebersihan. Buang sampah di tempat disediakan,” katanya.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This