SERANGAN udara Israel di Baitulmaqdis telah mengorbankan tiga anak dan tiga cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh.
Menurut laporan, perkara itu disahkan sendiri Ismail kepada Al Jazeera semalam.
Jelas Ismail, tiga anak lelaki beliau yang terkorban ialah Hazen Haniyeh, Amir Haniyeh dan Muhammad Haniyeh.
Manakala tiga cucunya yang terkorban ialah Amal, anak kepada Hazem sementara Khaled dan Razan merupakan anak Amir.
Beliau memberitahu, kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Zionis dan menegaskan pemimpin Palestin tidak akan berganjak sekiranya keluarga dan rumah mereka menjadi sasaran.
“Saya pasti serangan ini adalah ‘perang balas dendam’ dan atas dasar genosid,” kata beliau lagi kepada Al Jazeera.
Sementara itu, seorang jurucakap Palestin memaklumkan, 125 mayat rakyat Palestin tiba di beberapa hospital di sekitar Gaza dalam tempoh 24 jam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

