MPV terbabas, tiga warga asing maut 

Dari Penulis

TIGA warga Bangladesh maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah sebelum dirempuh sebuah lori tanpa muatan, di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Ketua Polis Kampar, Mohamad Nazri Daud, dalam kenyataan berkata, seorang lagi penumpang dalam MPV tersebut pula cedera di bahagian perut, kepala serta tangan kiri.

Menurut beliau, manga yang maut adalah pemandu MPV terbabit iaitu Md Kobir Hossain, 32, bersama dua lagi penumpang iaitu Md Saiful Islam, 25 dan Md Raju Miah, 27, 

Manakala seorang penumpang yang cedera ialah dan Sohel Rana berusia 30 tahun.

Siasatan awal mendapati semua penumpang berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menghala ke Kuala Lumpur, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang bahagian kiri pecah sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi di sebelah kiri.

Nazri berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri.

“Lori yang melalui arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta terbabit dari arah belakang,”katanya.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This