Dakwaan berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR tidak benar – Fahmi

Dari Penulis

KETUA Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun parti itu.

Menurut beliau, akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.

“Ada individu muat naik posting (hantaran) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit.

Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This