Kelantan akan terus adakan solat sunat Istisqa mohon hujan – MB

Dari Penulis

SOLAT sunat Istisqa akan terus dijalankan di negeri Kelantan untuk memohon hujan sekiranya kemarau berterusan.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, arahan sudah diberikan kepada semua pimpinan masyarakat untuk mengadakan solat sunat berkenaan di kawasan masing-masing.

“Apabila berdepan dengan keadaan panas dan selain ketiadaan hujan, adalah disunatkan untuk mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon supaya Allah SWT menurunkan hujan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditemui pada sambutan Hari Raya di peringkat Kota Darulnaim, hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini 14 Parlimen di Kelantan sudah mengadakan solat sunat berkenaan susulan kemarau yang teruk.

Baca artikel lain: PN kini giat tinjau kriteria calon PRK Kuala Kubu Bharu

Beliau bersyukur selepas mengadakan solat sunat Istisqa sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, hujan pada pagi hari raya pertama.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nassuruddin menasihatkan kepada semua rakyat supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah khususnya kanak-kanak.

“Sekiranya tidak ada keperluan yang mendesak, tidak perlu keluar rumah disebabkan cuaca panas dan kita perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian strok haba.

“Baru-baru ini berlaku satu kematian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Bachok akibat strok haba,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This