KBS sumbang RM80,000 kepada Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sebanyak RM80,000 kepada Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sumbangan itu diberikan sebelum CHARM berlepas ke Orlando, Amerika Syarikat untuk bertanding di Kejohanan Sorak Dunia 2024.

Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50,000 diberikan KBS untuk CHARM menyertai kejohanan berkenaan.

Manakala, RM30,000 pula daripada peruntukan menteri sebagai sokongan untuk aktiviti mereka.

Hannah berkata, jumlah RM50,000 diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) merupakan satu daripada inisiatif dana yang diperuntukkan di bawah KBS. 

“Pasukan ini terdiri daripada 20 orang atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

“Apabila belia kita terlibat dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. 

“Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. Patriotisme bermula di sini,” katanya yang turut mendoakan kejayaan kepada para peserta.

Untuk rekod, kejohanan yang akan berlangsung dari 24 hingga 29 April itu menandakan ulang tahun ke-21 dengan 10,000 atlet dari 80 negara berkumpul di bawah naungan International Cheer Union (ICU). 

Sorak telah dimasukkan dalam senarai sukan yang diwartakan yang diiktiraf di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 mulai 10 Mac 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This